♥tHaNks t0 aLL♥

♥ FoLLow Me ♥

.:: Our Solemnization ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

♥♥ Errr.. Cinta ♥♥

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 13

AWAS!! larangan selepas makan,





Jangan merokok 
 eksperimen yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat kanser adalah tinggi)


Jangan terus memakan buah-buahan 

Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana dimasuki angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam sebelumnya.


Jangan minum teh 
Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang dimakan akan menjadi keras, justeru ianya lebih sukar untuk dihadam



Jangan longgarkan tali pinggang and
a 

Melonggarkan tali pinggang sesudah makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan amp tersekat



Jangan mandi 

Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah disekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.




Jangan berjalan-jalan 
Biasanya orang akan mengatakan bahawa berjalanlah seratus langkah sesudah makan dan anda akan hidup sehingga berusia 99 tahun. Hakikatnya, ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan.

Jangan terus tidur 

Makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan di dalam usus kita. 


suke pic yg last ni, credit all pic from en google. tqvm~

No comments: