Pages

Sunday, December 20

Trip KelaNtan bersaMa Crew2 PersOna

salam..
heee..mcm2 cite yg nk dikongsikan..syok sgt2,,,2 hari g kelantan..
mase pegi ikot gua musang lalu cameron..time blik lak ikut grik..hee..
separuh ari dlm kerete...huu...da mcm filem 7 perhentian jer..tpi asenye lebih dr 7 perhentian..hehe..
~
~


pengalaman yg memang best..mcm2 cite ade..
x rugi join trip...=)
thanks to pihak yg terbabit..specially to ketua trip...thanks sgt2..pengalaman yg xdpt dilupkan...
smpai pesona dah x mempersonakan...pape pon alhmdullillah..kite sume xde pape jd...=)
hee..hepy je kt sne..tpi 2la..ade gak something yg xdpt dlupakan...
~chocolate bear~
~
~

haa..ni dia yg wat kecoh 2 persona..hehe...
mcm2....naseb bek ang comey....hihi...
~


haa...hmm....dtg pantai pkai bju kurung..yela nk g kenduri kan,,adui...angin byak...
huu....tpi syok..ingatkan dah pegi mlm tu x pegi da PCB...
rupenyer..sebelum g kenduri singgah PCB dulu...
hee..bgmbar..memng best..
hee..tpi 2la..nk click2 pon xsyok..coz byak angin..tdung terbang2..hee....
tpi adela gak tok2 wat kenagan..
hee..harap maaf pic xdapat di upload..hehe..
untuk simpanan shj...

~
~
~
~
~
~
~

Tempat2 yg DilawatI
~~
~pCB~
~kenduri Cik Wani(ketereH)~
~chalet kat pCb~
~Rantau Panjang(sempaDan)~
~pasAr BorOng wakaf Che Yeh~
~kota Baru~
__ni je kowt yg ttgal dlm memori__
~~
~~

huu...penat....penen..pas mam panadol..lena jap...dlm lena tu ase gak ketua trip ni bawa kete laju gler...tpi xmampu nk b ukak mate da..
tup2 dah kua tol behrang... cepat lak..
bukak mate ag sekali..dah smpai behrang 2020...
hee..akhirnye smpai gak uma..wahhh..bestnyer..
alhmdullillah..selamat smpai jua akhirnye..

heee....SyoK...

~~Thanks pada sumEE.......~~

Thursday, December 17

kisah dajjaL

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."




Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.



Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.



"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.



"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.



"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.



Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.



"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:

"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."



"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."



Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun . Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.



"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi



oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.



Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.



Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman



kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."



Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."



Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."



Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.mengatakan:

"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?"



Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."



Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."



Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:



"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.



Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"



Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.



Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.



Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."



Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.



Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat."



Wa'allahualam….Hanya Allah dan Rasulnya yang mengetahui….Amiinn

huu....BeshNye....kt CC xde owg...Hehe..dak2 poli da baLik cuTi


huuu..yipiee....pasni jaduaL waktu l.i da berubah...
yahoo!!...haha....


pasni xde keje mlm2 da..kecuali dibEri arahaN..hohoho..
sonok cangat2..
huu....
mlm td lak memng bosan sesangat...xde owg datang....huu
keje aku taw ape??haa....menjelajah dunia blogger..haha...
wah..kagum sangat....blogger yg dah berpengalaman buat blog memg cntik r....
nak wat mcm tu gak...tpi xpandai....

 xpe2..cik ada....pelan2 k.....hee...pasni...kalo ade mase nk godek2 bende nie...
ha....akn ku jdikan blog ni cntik gak..hehe...
chaiyok2!!!



Wednesday, December 16

BahagIa itu MiliK sEmua Kan??





huu...assalamualaikum....
lame dah x update...
rase macam xtau nk tulis ape...
hehe....ase jap je dah 16.12.09..xlama ag dah nk tamat l.i....
pasni mesti rindu kt tg malim....rindu kt cc kamsis...
rindu kt staff cni...
huu...rindu semuala....
argh....dpt bayangkan x time tu???


hmmm..hehee
pasni sem dpn da masuk sem 5....takotnyer....


rase mcm xnk masuk poli jer....
tpi bile time l.i...ase mcm nk abeh cpt..nk msuk poli blik....
huu..mcm2 ragam kn aku ni..kehkeh...=)



Sunday, December 13

ceriTera Kasih & saYang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?



Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.



Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

 



Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu
: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi

Saturday, December 12

taK uSah BerKata2



Tak usahlah..
sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah
Tak usahlah..
bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada dihati anda.
Tak usahlah..
menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.
Tak usahlah..
sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah.
Tak usahlah..
memandang matanya jika anda berbohong kepadanya.
Tak usahlah..
sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal.
Tak usahlah..
katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain disisi
Tak usahlah..
kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

haha..HatikU kEmbaLi tenaNg..



huhu...
akhirnya...lect datang juga melawat kami kt bumi tg malim nie...hehe
sempoi gler en.chow...
dtg sain bku report arian n soh ak isi borang jer..hehe..
sembang2 cket....
adela dlm m10minit je...heh.=)



hehe..pejam celik...xlame ag da nk abeh l.i...hehe...
urm..01.01.10 habisla....
ha..hrini 12.12.09..so ade bape mggu je ag..hehe..
pasni tah bile lak le nk dtg tg malim..xtaula...
huhu....stay ipoh blik la semdpn...
manghabiskan sisa2 sem yg tggal ag setahun..huu..


hee...lesen gue da nk tamat..nk kne g renew lak..mls nyer ase...
huhu....pe nk wat..kang xpasal2 lak kne saman coz lesen mati..
waa....
huhu...

Monday, November 9

li..li..li....

huhu.......
allooooo..semekom...
skgni kt PSAS blik....
kne wat li smpai abes kt cni kot....
pe nk wat kn..tp xpe gak..kt cni byak bnde boleh blaja..mcm2..pelbagai..=)


Tuesday, November 3

juz for bce2 n renung...=))

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan  khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita

Wednesday, October 28

iPoh MaLaysia....

huhu..yea2..da smpai ipoh....
ha...ade org tu x cye ak da blik ipoh..tah sape tah...
hehe...tpi kn rndu lak kt dak cc kt cna...
hmm..pepon terubat gak rndu nk blik cni...
hehe..tq en.firdaus,en.khalil n en.hayat...bg kmi blik ipoh...(~mcm poyo jew..hoho~)
pe ag..smpai2 ipoh..settle kn keje yg diamanahkn kt kmi....
mlm tu kua la..lpas dendam katekan...
cayang ak lak da lme x kua n bernyawe..so kne tnggal ag la..
t bru nk belek2 die..hehe...
~~Ngee~~
~~JJ Ipoh~~

hehe..
planning ktorg arini...
**jln2 jj**
**tgok wayang(papedom)**
**blik**

blik pon ade keje ag nk kne siapkan...
huh..xpe cket jew...
hehe..pepon., memang puas atilah...

Monday, October 26

Yea2..cuti..=))

yea2..cuti..=))

today iis myday n cik afsah..hehe..
siapkn dulu repart yg terbengkalai ni...
jenoh gak otak nk memiki xtvt2 yg dah wat tu..hehe..
(tula sape soh tggoh2..ha..rasain..hehe...^_^)

nk g jjelan..nk ikot??to mr.sis..haha..jgn jeles...anda tu ddok dkt sgt2...
hehe...hmm...
nk kmane ek??
i know2...

ni ha pemandangan kt proton city....
cntik x..?

hehe....



Saturday, October 24

jurukamera x diiktiraf.hhehhe=))







hhaaa..
ni lak bos kami..
en.daud n en.khalil..
yg ats tu bos kecik..hehe..en,hayat
diorg neh ngah pasang router wireless kt dinding blok kuartes poli ni....
huhu,,,,tinggi gak en.khalil pnjat..ak yg usha dr ats pn gayat neh...
hehe....pe pon memang kagum la dgn bos2 ni....
diorg ni pndai wat bisnes...



hehe...
kwn ak yg sorang ni lak..jd tukang pegang tgga kt bwah ni....
riso tgga tu goyang2 kan..
t jatoh lak bos kami yg bertungkus lumut pasang router wifi kt ats nun...
hehe....
cute..=))

ronDa2 SajA...=))



haha..hrni berpeluang lg msuk umah lect kt cni...
hehe..besa umah die..cntik..
perabot,ha sume hak milik kerajaan..hihi..ni untungnye keje dgn gov ni..
 cadangnye datang nk betulkan wireless.lstly xlaeh gak..cpu tu dah uzur da..
so kne bwak blik cc untuk diformat..heheh..
berpluang jg kaunter skejap.....
ha..ni 1 hal ag..ak geram btl dgn bdk2 ni..suke tol men2 dgn ak...
kak,bkak pc ni kak..
kak,transfer ke pc ni kak..
mcm2....diorg men2 dgn aku ek..xpe2....
adoi..penen ak...
lastly ape ag menyerahla...haha..ak bg along yg jg kaunter,,
settle mslh....
ak n afah pon g la kuartes ag sekali...refresh blik suis rounter kt cna..
wifi problem lak....
hmm..k lah da xtau nk tulis pe..
nantok da ni..hehe..
daa..nk kire hari lah..bpe lame ag kt cni ekh..??
24.10.09...6.11.09..
yes....semggu lg..heheh... pasni say bye2 la kt tg malim.........=))

Friday, October 23

nothing to doo.....
heheh...
smalam n  pg td g kuartes poli
ikot n tolong bos2 pasang router wireless kt cne..
kuartes tu ade lbih kurang 4tgkat..bos pasang wifi kt tgkat 2..
hehe...gayat woo tgok bos pnjat tgga...
hrni ak blaja klip cable network...da xingat daa...
dulu last wat pon mase sem 2 ha....time amali tm dlm lab..hehe..
susun wrne czble.umm.coklat,coklat-putih.hjau,bru putih.biru,hjau pth,oren,oren putih...
yke??/
ak pn xingat daa..
hehe...
tpi yg klipnye...bos..
hehe
xlarat ak nk klip cable tu..ketat sangat maa....

Monday, October 19

bz..bz..n...bz....????

yuhuu...!!
hehe...rini 19.10.09..
2 days after mybday..hehe..
keje kdg2 mkin by..so jrg nk mencoret2 ni.....
nway hrni cuti....so adela cket mase nk menulis ni kn...
hmm....skgni menghitung hari ni blik ipoh je...
dok cni agk penatla...keje dr pg smpai mlm....agk bosan...
time byk keje tu xdela bosan sgt..tpi nk mncari solution
bg masalh2 teknikel yg ade 2la yg penen pale..
tpi yg besnye...the 1st ak rujuk is mybro hehe... diela yg byk aja..
on kol je..ade yg dapt wt.ade yg x...yg x tu lastly knela gak rujuk kt bos..hehe..
pepon belajar ni sonok sbnarnye....
something new...hhehe..
hmm....kisah ari ahd...kmi bedua handle laptop2 yg ade...
memg penen...ape ag asyik kol bos n mybro je..
die ckp die cuti pn xsenang..heheh..jht x ktorg..??
nk wat mcmne x abeh blaja ag kn....hehe.=))

Saturday, October 10

sErasI BersAma...=)

semekom....
hehe..dah 2 3 ari keje ni okla...
bos pn ok..kwn2 keje pn ok....
agk2 dah serasi la..cme ble ramai org tu mule la terkial2..hehe...
takot pn ade...asyik silap tekan mesin duit tu je..hehe..=)
tobat xnk tekan da.....hihi...
kire dah lupe la ipoh la kot..hehe...
thanks kt tech n bos byk bg tunjuk aja....
kt cni pn byk bnd le blaja.....

Wednesday, October 7

1st day...=(

hrni g keje kul 9.45..blik dkt kul 7...
hmm..x bes..=(.....
penat + xpuas ati + geram sgt !!
kdg2 ase nk je drive blik ipoh mlm ni jgk...
xsuke la kt cni...blum serasi lg....
sampai ati bos anta kami dtg cni...=(...
jadual keje lak x tentu...esok kmi kene keje dr pg smpai mlm.....
hmm..........................................xpatotla....mcm ni......

Tuesday, October 6

rumahhhh??

hhuhu...
hah...
dr luar smpai2..rumah ok gak la...
2 blum msuk ag ha.....
da msuk...almk..um...hehe..umah bujang kan..g pon da lme xde org dduk....
ape lagi...brtungkus lumus la....ak dgn cik afsah mgemas...
hadoi...penat gak la...
hasilnye....ha..bolehla..heeh..
kemas la cket...
hihi...

da smpai tg malim....

alhmdullilah..akhirnya..smpai jgk ak kt tnjg malim ni....
so far.pjlnan dr ipoh ok..xde pape mslah.....nsb baik dlindungi...
smpai lbh kurang pkul 12stgah trus pg psas jmpe incharge kt situ...
nk djadikan cerite..nk mcari cybercafe kamsis pun jenoh....adoi...2kali pusing dlm poli ni....
dahla besa..jalan lak byk cabang....puo lg senang nk mncari..huhu....=)
smpai2...msuk cc..mak..rmainye....
bg aku..1st ape yg ak nmpak..
cc ni agk kecik ruang die....
dmuatkan dlm 20bj computer,
5/6 bj printer..
msin potostat,
space untuk tech...
daa....huhu...imagin2..??
bukak dr 9pg smpai12mlm...ade 3org pekeje...trmasuk kami jd 5lah....huhu...da cukup ramai bg aku....
xtaula mcm ne situasi kami keje nnti....
huh...msti penat kn...
n lme2 msti bosan..
nsb bek juz sebulan..=)


RUMAH??

Saturday, October 3

haha...
assalamualaikum...
da lame gak aku x menulis....bkn ape..sbuk cket....ap khbr myfren?hope sht sentiasa la yer...
jg dr..jg kshtan au....
hmm...ingatkan kami student praktikel xjd hantar ke psas....tpi kene pegi jugak...hadoi...
pe la naseb....
jauh lak tu...
tempat org...
segala2nya bru....
hmm....sEBULAN lak tu...

.
alahai....dala my'cayang' kne tinggal sebulan...
cian die xleh ikut....
xpe t ak soh dak2 umah tolong jg cayang aku tu..hehe....
mgu dpn kami akn berangkut lah ke tangjung malim....
tmpat akak ak study dlu..



Monday, September 28

ReNungkanLah...

Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan .....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Monday, September 14

huhu...=)

yes..cuti rye dapat seminggu..
hehe...
tpi cdey...
pas raye kne g psas....
adoi....(

cian Diorang,,...=(

semekom...
satu bende ak x paham..
nape rmai kengkawan ak yg tahan dgn tempat li ekk?
umm..kbanyakkan nye ade je masalah..
xde keje la..
bos mcm hape la..
bos2 diorg pon satu dah name pun student li, mestilah nk blaja, bukannye kene arah tanpa tau mcm mane nk buat..
ni tak, ajar tak,tup2 kne wat...mane nk boleh...
kene la btimbang rase cket....

Friday, September 11

Story..+=)

SEKADAR RENUNGAN
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.


Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung... " Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi.
Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh
. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!".. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur...
"ASTAGFIRULLAH!! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi..
Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! "Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.." ,
terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !



moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya khabar....

Thursday, September 10

Lirik PiliHan

Lirik Lagu Kangen Band - Kembali Pulang

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang
Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali
Wajahmu mengingatku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkan
Dengan masa laluku
Reff:
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan
Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa lalu ku
Back to Reff: 2x

++ LovE n FreN..=) ++

Cinta & kawan
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....
Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

frenz never break......

befday..


Today,actually is SIS befday....

For SIS,..
Nice to know u..
semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,insyaalah
gdluck in study..
semoga tercapai segala impian..
stay cute ek..hhehe..
jge diri,jge kshtan..
thanx 4 everthing yer..
besfren forever..insyaallah..=)
ukhwah selamanya........=)
salam aidilfitri,selamat ari raya,mintak maap kalo ade wat salah ek..

Hehe,jage diri baik2 ek.sbg kwan,ak syg SIS...=)

.:: Our Solemnization ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

♥♥ Errr.. Cinta ♥♥

Daisypath Anniversary tickers